Saturday, December 12, 2009

Papa di KB 121209

Hari nia Dania happy sangat bila papa yang di nantikan muncul depan mata. Jelas terbayang Dania rindu sangat pada Papa. Turun je flight, Dania dah tunggu dlam kereta sambil tersenyum lebar. Best part Papa still love to fly with MAS, the world class airline in the world. Mungkin sebab papa pernah attach dengan MAS. First question Dania tanya papa " dalam bag papa ada musketeers tak". Papa buat bodoh jer sampai rumah. Bila sampai rumah papa suruh Dania bukak bag amik barang papa. Tersenyum lebar Dania tak terkata bila nampak kotak yang di impikan. Malam ni Dania tido bawah ketiak Papa sbb dia rindu sangat.

Saturday, November 28, 2009

Anything

Salam,

Nak tulis apa dalam blog ni? Punyalah lama hidup tapi x pernah ada masa nak tahu apa itu blog. Seharian duduk rumah hari ni, sebab malas nak keluar. Rindu pada bini dan anak2 memang terasa bila masa macam ni. Golfing? hari ni tak main, tapi esok ada janji golfing dengan kawan2 ofis. Hujan turun dengan lebatnya hari selepas 2 hari terik(hitam aku sbb main golf).

Friday, June 12, 2009

Sunyi pulak..


ermmmm sunyi pulak rasanya duduk bujang mcm ni. Dah biasa ada Dania kat rumah, bila takda rasa sunyi segalanya. Today is a "good day" for me..nak tahu kenapa? Arghhhhh...sesiapa pun tak boleh tahu. Ini rahsia aku sendiri, sampai "mati" pun org tak boleh tahu. Hahahahaha...betul ker? Next week nak balik Kota Bharu jumpa my 2 little daughter, rindu "bangat" papa dengan kamu berdua.....